Saya Diceraikan Semasa Sedang Mengandung 4 Bulan Kerana Suami Ada Perempuan Lain - Luahan Isteri Malang

Assalamualaikum. Ini kisah hidup saya. Saya mengandung 4 bulan. Suami saya ceraikan saya sebab ada perempuan lain. Kata-kata perempuan tu pada saya di telefon..dengan angkuh dan lantunan suara jerit yang sekuat-kuat alam. 

Bagaikan manusia dirasuk syaitan. Masih terngiang-ngiang sampai hari ni. Depan suami saya, dia tengking saya melalui telefon ( masa tu saya call suami, perempuan tu ada kat sebelah dia). 

 Allah, sedihnya tuhan sahaja yang tahu. "Kau jangan nak jadikan alasan kau mengandung supaya suami kau kesian dan terima kau balik." "Kitorang nak berzina ke apa ke sukahati kitorang la." 

 "Eh kau kan diceraikan. Kau nak apa lagi. Kau tu kena belajar redha!" "Lepas ni kau boleh la hasut mak mertua kau supaya benci aku lepas aku tengking kau camni. 

Supaya aku tak dapat kahwin dengan suami kau." "Aku paksa abang(panggilan dia terhadap suami saya) pilih antara aku dengan kau. Kau yang berlagak sangat kan. Aku mintak kau bermadu cara baik kau taknak..sekarang ni suami kau pilih aku.Tolong jangan ganggu dia lagi."

 *** Paling sedih, suami saya dah buruk-burukkan saya pada keluarga mertua lepas saya diceraikan. Ini lah dugaan yang terpaksa saya terima. Walaupun pedih, demi anak dalam kandungan ini saya harus tabah menjalani hidup.
Tag : perkahwinan


0 Komentar untuk "Saya Diceraikan Semasa Sedang Mengandung 4 Bulan Kerana Suami Ada Perempuan Lain - Luahan Isteri Malang"

Back To Top