DARA BUKAN SEGALANYA!! Walaupun tidak sampai 24 jam, awak tetap suami dunia dan akhirat. Maaf bila saya tak sempurna.




DARA BUKAN SEGALANYA!!!😡😡
 
Tersentuh Aku Bace Nie.. - SAD STORY😢
Takdir. Seorang pemuda telah berkenan pada seorang gadis di twitter. Bertutup aurat dengan baik. Tak banyak bicara. Tak banyak songeh. Dipendekkan cerita mereka pun disatukan. Pada malam pernikahan, pengantin baru pun berbicara. Isteri:


 "Boleh saya terus terang?" Suami: "Ya, dah suami isteri kan. Apa nak malu- malu." Isteri: "Sebenarnya, saya dah tiada dara. Kesilapan saya di zaman remaja. Saya jahil dulu. Saya dah cuba berterus-terang sebelum nikah. Tapi, saya dah jatuh cinta dengan awak. Maafkan saya." Suami terdiam. Nampak seakan terkejut. Suami: Saya..saya lepaskan awak dengan talak 1. Si gadis menitiskan air mata. Memang dia dah agak. Dia dah rasa akan jadi begini. Pasrah segalanya.
*************************
Waktu berlalu. Masa berdetik. Setahun kemudian. Pemuda berada di wad. Sudah 5bulan berlalu sejak beliau menjalani pemindahan organ. Hatinya yang rosak telah digantikan dengan bahagian lobul hati penderma. Sejak 5 bulan itulah, beliau berulang-alik stay di hospital untuk sesi terapi dan rawatan ulangan. Doktor yang merawat masuk ke biliknya. Doktor: "Ada khabar dukacita yang saya ingin sampaikan." Pemuda:"Apa ya?" Doktor: "Penderma hati mengalami komplikasi teruk. Tiga bulan pertama, beliau mengalami kecederaan organ dan muntah darah.


 Badannya yang makin lemah serta beliau sendiri mengalami kemurungan..akhirnya minggu lepas, beliau meninggal dunia." Pemuda: "Innalillahi wainna ilaihi raaji'un." Doktor: "Ada sesuatu beliau tinggalkan untuk kamu."

 Doktor menyerahkan sesuatu pada pemuda itu. Sepucuk surat dan sepasang baju.Perlahan2 dibacanya, "Awak, ingat tak baju ni? Ini adalah baju nikah awak. Awak tahu tak, baju ni saya jahitkan sendiri untuk awak. Seminggu saya belajar jahit sampai luka-luka jari. Tak pandai sangat. Tapi, alhamdulillah siap juga. Sangat gembira bila awak pakai di hari pernikahan kita. 

Awak, mungkin kasih saya ni, awak tak dapat terima disebabkan kisah silam saya. Namun, janganlah awak tolak hati saya yang berada dalam diri awak sekarang. Ini hadiah saya untuk awak sebab sudi mengambil saya sebagai isteri. Walaupun tidak sampai 24 jam, awak tetap suami dunia dan akhirat. Maaf bila saya tak sempurna. Pemuda kehilangan kata-kata. Tumpah seribu air mata... 


‪#‎belajar‬ menerima kekurangan dan kesalahan orang lain..takde manusia yang sempurna dan tak pernah melakukan kesalahan..tak semestinya orang yang kita tengok tak pernah buat salah tu akan dijamin masuk syurga dan orang yang kita lihat sentiasa jahat itu dijamin ke neraka..
Tag : perkahwinan


0 Komentar untuk "DARA BUKAN SEGALANYA!! Walaupun tidak sampai 24 jam, awak tetap suami dunia dan akhirat. Maaf bila saya tak sempurna."

Back To Top